Cara Pakai NK Age-Reverse: Susunan Rutin Pagi & Malam

14-11-2026 by NK Age-Reverse
Cara Pakai NK Age-Reverse: Susunan Rutin Pagi & Malam

Produk penjagaan kulit memberi hasil terbaik apabila digunakan mengikut susunan yang betul. Panduan ini menerangkan susunan rutin NK Age-Reverse pada waktu pagi dan malam, serta cara pakai setiap langkah seperti panduan produk.

Ringkasan susunan rutin

LangkahPagiMalam
1. Cuci mukaCleanserCleanser
2. Segarkan kulitEnergy Water MistEnergy Water Mist
3. RawatanSerumSerum
4. LembapkanPelembap pilihan andaPelembap pilihan anda
5. LindungiSunscreen—

Langkah 1: Cleanser

Cara pakai NK Age-Reverse Cleanser

NK Age-Reverse Cleanser ialah pencuci wajah 100ml dengan formula BeuT-Complex™, mengandungi ekstrak Tsubaki, Roselle, Bee Venom dan sodium hyaluronate.

  • Ratakan beberapa titis pada wajah, biarkan 3–5 minit, kemudian bilas.
  • Alternatif: gunakan pada kapas dan lap wajah dengan lembut.
  • Jika anda memakai solekan, Cleanser boleh digunakan sebagai langkah kedua selepas pembersih minyak (double cleansing).

Kenapa perlu tunggu beberapa minit sebelum bilas? Baca penerangan penuh dalam artikel Mengapa Perlu Tunggu 3 Minit Sebelum Bilas NK Age-reverse?

Langkah 2: Energy Water Mist

Cara guna Energy Water Mist

Energy Water Mist ialah semburan wajah 100ml yang mengandungi humektan seperti glycerin dan hyaluronic acid.

  • Sembur ringan pada wajah yang bersih dan kering dengan mata tertutup.
  • Biarkan kering sebelum menggunakan serum.
  • Boleh juga digunakan pada bila-bila masa untuk menyegarkan kulit apabila terasa kering, di rumah atau ketika dalam perjalanan.

Langkah 3: Serum

Cara pakai NK Age-Reverse Serum

NK Age-Reverse Serum ialah serum 30ml yang mengandungi encapsulated retinol bersama bahan penjagaan kulit dalam formula BeuT-Complex™.

  • Pastikan Energy Water Mist sudah kering.
  • Ratakan sedikit serum pada wajah dan leher dengan gerakan ke atas.
  • Biarkan meresap sebelum pelembap.
  • Jika digunakan pada waktu pagi, lengkapkan rutin dengan sunscreen.

Langkah 4: Pelembap

Sapukan pelembap pilihan anda selepas serum meresap, untuk mengunci kelembapan kulit.

Langkah 5 (pagi sahaja): Sunscreen

Cara sapu NK Age-Reverse Sunscreen

NK Age-Reverse Sunscreen ialah sunscreen mineral 30ml, SPF35 PA++, dengan penapis UV zinc oxide dan titanium dioxide.

  • Sapu secukupnya dan sekata pada wajah, leher dan telinga 15 minit sebelum keluar.
  • Ulang sapuan setiap 2 jam ketika berada di luar, serta selepas berenang atau berpeluh.
  • Lengkapkan dengan teduhan dan pakaian pelindung.

Jika anda memakai solekan, sapukan Two-way Cake selepas sunscreen untuk melengkapkan rutin siang.

Soalan lazim

Perlu ke tunggu 3 minit setiap kali guna Cleanser?

Tidak wajib. Jika tiada masa, Cleanser boleh terus dibilas dan masih mencuci wajah. Penerangan lanjut ada dalam artikel Mengapa Perlu Tunggu 3 Minit.

Boleh guna Cleanser tanpa bilas?

Boleh jika Cleanser digunakan dengan kapas muka, kerana kotoran sudah dibuang bersama kapas. Jika disapu terus dengan tangan, wajah perlu dibilas.

Perlu beli semua produk sekaligus?

Tidak. Anda boleh mula dengan Cleanser, kemudian tambah langkah lain mengikut keperluan. Lihat semua produk di kedai kami.

SPREAD THE WORD